Selasa, 4 November 2008

ReSePi HaRi InI



Kek Asam Manis
Bahan-bahan:
1.Mentega 250g
2.Gula kasturd 1 1/4 cawan
3.Biskut marrie 2 cawan
4.Minyak masak 1/2 cawan
5.Telur 6 biji
6.Pewarna merah dan hijau
7.Esen Vannila
8.2 bungkus asam manis

Langkah2:
1.Pukul mentega dan gula kasturd hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
3. Masukkan serbuk biskut marrie dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Bahagikan 2 bahagian bahan2 yang telah dipukul tadi dan bahagikan kepada dua jenis warna yang berasingan.
5. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Masukkan loyang yang disapu dengan mentega dan masukkan bahan2 yang telah dipukul tadi (pilih mana2 warna yang disukai terlebih dahulu).
setelah dikukus dalam 5 minit angkat dan letakkan asam manis ke atas lapisan kek yang telah masak tadi. selepas itu masukkan bahan yang telah dipukul tadi untuk menjadikan susunan kek lebih cantik dan berlapis. Seterusnya teruskan proses tersebut sehingga bahan yang telah dipukul habis di masak.
6. Setelah kesemuanya telah dikukus, pada peringkat akhir masak sehingga 1/2 jam.
7. Kek ini lebih sedap sekiranya dimasukkan ke dalam peti ais semalaman.

Khamis, 30 Oktober 2008

MuTiAra HaRi iNi

1. Carilah kebahagiaan dan kejayaan dengan cara sendiri dengan kebebasan yang ada tapi dengan berlandaskan agama.
2.Memahami orang lain tidak semudah kita memahami diri sendiri, namun hargailah kehadiran orang sekeliling kita kerana dengan mereka hidup kita tidak keseorangan.
3. Berilah senyuman walau dengan orang yang kita tidak kenali kerana dengan senyuman mampu membahagiakan orang lain.
4. Jadilah diri sendiri walau dimana, dengan siapa kita bersama kerana dengan menjadi diri sendiri mengelakkan kita daripada tekanan.

video

kata-kata manis

"Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki "(hamka).