Selasa, 4 November 2008

ReSePi HaRi InI



Kek Asam Manis
Bahan-bahan:
1.Mentega 250g
2.Gula kasturd 1 1/4 cawan
3.Biskut marrie 2 cawan
4.Minyak masak 1/2 cawan
5.Telur 6 biji
6.Pewarna merah dan hijau
7.Esen Vannila
8.2 bungkus asam manis

Langkah2:
1.Pukul mentega dan gula kasturd hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
3. Masukkan serbuk biskut marrie dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Bahagikan 2 bahagian bahan2 yang telah dipukul tadi dan bahagikan kepada dua jenis warna yang berasingan.
5. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Masukkan loyang yang disapu dengan mentega dan masukkan bahan2 yang telah dipukul tadi (pilih mana2 warna yang disukai terlebih dahulu).
setelah dikukus dalam 5 minit angkat dan letakkan asam manis ke atas lapisan kek yang telah masak tadi. selepas itu masukkan bahan yang telah dipukul tadi untuk menjadikan susunan kek lebih cantik dan berlapis. Seterusnya teruskan proses tersebut sehingga bahan yang telah dipukul habis di masak.
6. Setelah kesemuanya telah dikukus, pada peringkat akhir masak sehingga 1/2 jam.
7. Kek ini lebih sedap sekiranya dimasukkan ke dalam peti ais semalaman.

Tiada ulasan: